You are here:

:: Web Husam Musa

Pena

Di sini, Dinar dan Dirham: Di sana, dengki dan dendam

E-mail Print PDF

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah  pengenalan kepada sistem barter trade.

Read more...
 

Dinar dan Dirham : Kenapa Jadi Isu?

E-mail Print PDF

 

Saya teringat Gemulah ayah mertua saya, dia pernah menceritakan kepada saya yang ketika Jepun mendarat di Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, kerana dia tak naik-naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk 3 tahun berturut-turut. Dia meminta modal dari emaknya untuk memulakan perniagaan, emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di sungai Kelantan. Dia mula-mulanya berniaga budu. Perniagaannya berkembang, di akhir pemerentahan Jepun dia sudah berniaga macam-macam termasuklah atap dan balak di sepanjang Sungai Kelantan. Di waktu pemerentahan Jepun ini, antara teman yang ditemui di Kota Bharu ialah Almarhum Raja Perlis, baginda ketika itu berniaga manisan (gula melaka) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni-guni duit gambar pohon pisang yang dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak berlaku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.

Last Updated ( Monday, 16 August 2010 10:27 ) Read more...
 

teks ucapan : Majlis Pelancaran Dinar Dan Dirham Sebagai Medium Pembayaran Zakat - 2 Ramadhan 1432

E-mail Print PDF

18:19  "Dan demikianlah Kami bangunkan semula mereka, supaya  mereka saling bertanya di antara satu sama lain. Berkatalah salah seorang di antara mereka:"Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)".Mereka menjawab: ""Kita berada (di sini) hanya sehari atau setengah hari"".Berkata (yang lain lagi): ""Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Lalu bangunkan salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota ,dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat, manakah makanan yang paling baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut, dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorang pun."

Al Kahfi: ayat 19


Alhamdulillah, atas semua nikmat dan kurniaNya. Termasuk bulan Ramadhan yang agung, yang kita kini, diberikan kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengannya.

Bulan pembebasan. Melalui peningkatan 'ubudiyyah yang diatur oleh Allah menerusi Ramadhan, Allah menjanjikan pembebasan hambaNya dari api neraka, dengan terlebih dahulu membebaskan diri dari perhambaan kepada kehendak dan kuasa yang lain, termasuk hawa nafsu kita sendiri.

Hadhirin yang dihormati,

Dari kisah penghuni gua yang masyhur, yang diulangi bacaannya oleh sebahagian besar orang Islam setiap minggu dengan membaca surah yang mulia - surah Kahfi - kita boleh mengambil berbagai kesimpulan. Antaranya;

a. Kekukuhan nilai - Matawang perak adalah antara mata wang yang mampu mengharungi zaman dan nilainya kekal teguh di tengah ombak inflasi. Bukan sahaja ia tidak reput selepas pemuda ini dibangunkan ratusan tahun kemudiannya, bahkan nilainya tidak luntur selepas ribuan tahun berlalu.
Hari ini, pada awal abad ke 21 di mana kita sedang berdiri, sekeping wang perak yang begitu ringan, bernilai RM 13 hingga 15 ringgit - yang bermakna kita masih mampu dengannya membeli burger - roti - sardin - prepaid akaun - ayam atau apa sahaja yang kita ingini senilai dengannya.

Read more...
 

ucapan perasmian seminar "merger and acquisition" 28 Julai

E-mail Print PDF

 


وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنْ الْخُلَطَاء لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ (38:24)

Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bersyarikat itu sebahagian mereka berbuat aniaya kepada sebahagian yang lain, kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh..." Saad: 24

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Islam mengizinkan penciptaan kekayaan. Islam juga memerentahkan setiap pihak berlaku adil dan beramanah.

Sebagai sebuah cara hidup yang lengkap, Islam telah menggariskan prinsip-prinsip umum termasuk dalam bidang perniagaan dan mua'malah.

 

Secara umumnya, seluruh kegiatan masyarakat mengikut Islam, dikawal oleh objektif mencapai maqasid syari'ah iaitu pemeliharaan terhadap lima tonggak kehidupan meliputi agama, nyawa, 'akal, maruah dan harta atau kekayaan.

Last Updated ( Sunday, 08 August 2010 08:29 ) Read more...
 

Kelantan’s Claim to Petroleum Royalty

E-mail Print PDF

I refer to the article by Professor Shad Saleem Faruqi which was published in yesterday’s issue of The Star.  Since, the writer is a constitutional scholar, it is not surprising that a large portion of the article looks at the issue of Kelantan’s claim to petroleum royalty from a constitutional view point.  Thus, he reproduces hugh chunks from the Federal Constitution which are not relevant to our claim, unless he is going to argue that the Petroleum Development Act  1974 (“PDA’), the 13 Agreements and the 13 Vesting Grants signed by the 13 States of Malaysia and the Agreement  and Vesting Grant signed by the Federal Government are unconstitutional and therefore illegal.  Such a result will have extra-ordinary ramifications because Petronas was itself established under the PDA, and the Federal Government’s right to receive 5 % royalty from petroleum produced anywhere in Malaysia is also derived from the PDA, its Agreement and its Vesting Grant.

Last Updated ( Friday, 26 February 2010 06:49 ) Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 2

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web