You are here:

:: Web Husam Musa


Warning: strtotime() [function.strtotime]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 56

Warning: date() [function.date]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 198

Lebuhraya Rakyat, Kompleks Sukan Dan Perumahan Mampu Milik

E-mail Print PDF

@ Sinarharian, 3 Mac 2013

 

Machang: Kekangan kewangan tidak menghalang Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan cadangan pembinaan kompleks sukan dan Lebuh Raya Rakyat menghubungkan Kota Bharu - Kuala Krai sebagaimana yang diuariuarkan sebelum ini.

Biar pun dipersendakan kononya Kerajaan Negeri tidak mampu, namun tidak lama lagi stadium dan projek pembanginan rumah mampu milik akan dimulakan pembinaannya di Mukim Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Husam Musa, berkata Mesyuarat Exco minggu lepas telah memutuskan untuk membina kompleks stadium di Mukim Bukit Merbau.

"Bukan hanya stadium, sebaliknya bersekali dengan rumah mampu milik dan kompleks sukan. Projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 120 ekar," katanya di sini.

Katanya, tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. akan mengambil langkah-langkah sesuai untuk memulakan pembinaan stadium, kompleks sukan dan rumah mampu milik.

Menurut beliau kawasan tersebut terletak bersebelahan laluan projek Lebuh Raya Rakyat yang sudah bermula sekarang. Ketika melawat kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat di sini baru-baru ini. Husam berkata, pembinaan bermula dua minggu lalu selepas musim tengkujuh berkahir.

Katanya pembinaan lebuh raya berkenaan berjalan lancar walaupun terpaksa menghadapi beberapa halangan.

"Kerajaan negeri meneruskan projek pembinaan lebuh raya mengikut lokasi yang telah ditetapkan biar pun kerajaan pusat dilapor berminat untuk membinannya. Lagi pun janji kerajaan pusat sejak 1985 lagi," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri melantik Tabung Amanah Tok Kenali sebagai urusetia dana lebuh raya bagi memudahkan orang ramai menyalurkan derma. Namun kata belaiu pelaksaan projek itu bukan bergantung pada dana wakaf semata-mata.

"Kita mempunyai kaedah tersendiri, di mana kerajaan negeri tidak perlu membayar sebarang perbelanjaan kepada kontraktor sepanjang pembinaan selama tiga tahun. Pembayaran pertama akan dilakukan selepas pembinaan disahkan," tambahnya.

Selain itu kerajaan negeri memberi tanggungjawab kepada anak Syarikat Perbadanan Menteri Besar kelantan (PMBK) untuk memajukan projek yang boleh menjana pembayaran balik pembinaan lebih raya.

Mengenai pengambilan tanah, kata Husam Kerajaan Negeri akan menyelesaikannya melalui proses pertukaran tanah di Mukim Panyit dan Berangan Mek Nab membabitkan kawasan seluas 100 ekar.

"Bagi pemilik tanah yang tidak mahu terlibat dengan pertukaran tanah, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sejumlah RM 207 juta untuk proses pengambilan tanah." ujarnya.

 

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

SEKILAS INFO

Sample image YB Dato' Husam Musa adalah Naib Presiden PAS (Sesi 2013 - 2015) merangkap ADUN PAS Dun Salor, Kelantan

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web