You are here:

:: Web Husam Musa


Warning: strtotime() [function.strtotime]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 56

Warning: date() [function.date]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 198

Kelantan bakal bina sendiri lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu

E-mail Print PDF

 

10 Ogos, Kota Darulnaim - Kerajaan Negeri Kelantan akan membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 KM antara Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 63 KM menerusi kaedah penswastaan setelah kerajaan Pusat tidak memberi sebarang maklum balas sekalipun telah dipohon di bawah peruntukan rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

YB Dato’ Husam Musa semasa siding akhbar selepas selesai mesyuarat Exco di Kota Darulnaim semalam menjelaskan keputusan tersebut. Katanya kos pembinaan asalnya berjumlah RM 1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah akan dikurangkan seperti membatalkan pembinaan Fly Over Wakaf Che Yeh-Kota Bharu yang akan menjimatkan kira-kira RM 500 juta.

Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan kerajaan negeri memulakan sendiri pembinaan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi kerajaan persekutuan kerana mungkin kerajaan persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka. Pembinaan lebuh raya ini bertujuan mengurangkan kesesakan terutama kesesakan teruk apabila musim perayaan.

Perjalanan daripada Kuala Krai ke Kota Bahru pula dijangka hanya akan mengambil masa 30 ke 40 minit. Beliau juga tidak menolak penggunaan tol. Namun kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim perayaan untuk mengurangkan beban rakyat.

Dalam masa yang sama juga beliau sempat mengumumkan pemberian bonus sebagaimana yang diumumkan kerajaan persekutuan kepada hampir 6,000 kakitangan kerajaan negeri Kelantan sebagaimana keputusan mesyuarat exco pagi semalam. Bayaran khas juga akan diagihkan kepada para pesara sebanyak RM 500.00

 

 

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

SEKILAS INFO

Sample image YB Dato' Husam Musa adalah Naib Presiden PAS (Sesi 2013 - 2015) merangkap ADUN PAS Dun Salor, Kelantan

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web