You are here:

:: Web Husam Musa


Warning: strtotime() [function.strtotime]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 56

Warning: date() [function.date]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 198

Wang Ehsan: UMNO Kelantan Bahagikan Duit Dari Saku Kerajaan Negeri Kelantan

E-mail Print PDF

Dalam kekalutan kerajaan negeri memperjuangkan hak 5% royalti petroleum milikk kerajaan negeri Kelantan yang sah, yang dipilih rakyat untuk memerintah negeri tanah serendah sekebun bunga ini daripada Petronas sebagimana perjanjian 1975, media-media perdana tanpa segan-silu memasukkan berita berkenaan dengan pemberian wang Ehsan oleh UMNO Kelantan.

Sudahlah isu tiga batu nautika sengaja diada-adakan malah pernah kerajaan Terengganu dinafikan dengan memperkenalkan istilah wang ehsan semasa pemerintahan semusim Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang kemudiannya diberikan semula hak royalti setelah amukan YAB Menteri Besar UMNO Terengganu Dato' Ahmad Said. Hanya kerana perbezaan anutan politik, kerajaan yang melaungkan slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' ini terus menidakkan hak sah kerajaan negeri Kelantan dalam menerima 5% wang royalti.

Natijahnya, wang ehsan diserahkan kepada UMNO Kelantan dan tanpa segan-alah menggunakan wang tersebut dan mencanangkan kepada seluruh rakyat, UMNO Kelantan membuat jasa kebajikan dan hero pembela rakyat. Sudahlah duit sah milik kerajaan Kelantan dirampas, dipukul canang seluruh negara mengaku kebaikan atas hasil dan titih jerih hak sah kerajaan dipilih rakyat memerintah dengan dasar 'membangun bersama Islam'.

Paparan media perdana berkenaan agihan RM 42.2 juta barangkali modal UMNO Kelantan melalikan rakyat dan melekatkan persepsi diminda rakyat kononya UMNO barisan Nasional membela dan memperjuangkan kebajikan rakyat. Namun UMNO Kelantan barangkali terlupa bahawa duit yang dibahagikan itu sebenarnya datang dari saku kerajaan negeri Kelantan.

 

 

Nazri Abdullah daripada harakahdaily memuat turun butir percakapan dalam Dewan Rakyat menjelaskan lagi kekeliruan dalam kes ini dan wang ehsan sebenarnya hanyalah pembelotan dan penganiayaan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri Kelantan. Catatan penuh harakahdaily adalah sebagaimana di bawah:

 

Pemberian Wang Ehsan Hina Dewan Rakyat / Nazri Abdullah - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jun: 'Wang ehsan' yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan satu penghinaan kepada Dewan Rakyat, kata Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat).

Bercakap sewaktu membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Petroleum (Cukai Pendapatan) Pindaan 2011, di Dewan Rakyat malam tadi, Kamaruddin berkata ia kerana wang ehsan itu tidak pernah diluluskan di Dewan Rakyat.

"Kalau kita kaji Datuk Seri Yang Dipertua, dalam akta petroleum ini, ada istilah-istilahnya. Yang tidak ada istilah 'wang ehsan'.

"Apa-apa tindakan yang kerajaan buat, yang Petronas buat, yang tidak ada dalam peruntukan rang undang-undang termasuk (pemberian) wang ehsan, itu bercanggah dengan undang-undang yang kita luluskan.

"Tidak ada pun wang ehsan yang kita (ahli parlimen) luluskan kepada mana-mana negeri," katanya.

Sehubungan itu katanya, pemberian kerajaan melalui pemimpin Umno atas nama wang ehsan adalah satu penghinaan kepada Parlimen.

Pada November tahun lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hanya akan memberikan wang ehsan kepada Kelantan, hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu dan bukannya bayaran royalti seperti yang dituntut kerajaan negeri itu.

Pemberian itu pula disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri itu, dan bukan melalui kerajaan negeri.

Wang Ehsan itu juga turut diberikan kepada Terengganu bagi menggantikan bayaran Royalti minyak sebelum ini.

Pindaan RUU selamatkan kroni

Sementara itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa pindaan RUU Petroleum (Cukai Pendapatan) itu hanya untuk "menyelamatkan" beberapa individu dalam syarikat yang berkepentingan bagi Umno BN.

Katanya ia termasuk anak bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahatir yang juga Pengerusi Eksekutif Kencana Energy Sdn. Bhd.

Selain Mokhzani dakwanya, seorang lagi adalah Pegawai Eksekutif Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd, Datuk Shahril Tan Sri Shamsudin.

"Kenapa nak pertahankan kroni-kroni ini. Ya dia Melayu, tapi tidak ada kah Melayu lain.

"Kalau insentif ini digubal untuk memberi manfaat kepada KWSP ke saya sokong, tapi kalau ini tujuan untuk selamatkan Mokhzani Mahathir, saya akan lawan habis-habisan," katanya.

Beliau merujuk Pindaan RUU itu yang akan membolehkan syarikat kontraktor yang dianugerahkan kontrak oleh Petronas mendapat "layanan khas" iaitu pengurangan cukai dari 38% kepada 25%.

Petronas sebelum ini mengumumkan telah menganugerahkan kontrak khidmat risiko (RSC) kepada tiga syarikat iaitu Petrofac Energy Developments Sdn. Bhd. (Petrofac), Kencana Energy Sdn. Bhd. (Kencana) dan Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd. (Sapura).

Ia bertujuan bagi aktiviti pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas di Medan Berantai yang terletak 150 kilometer di luar pantai Terengganu.

Azmin turut mempersoal kenapa Petronas tidak menjalankan sendiri projek itu sedangkan mereka mempunyai kepakaran.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata penganugerahan kepada tiga syarikat itu berdasarkan kemampuan teknikal dan kewangan mereka.

Ianya juga kerana projek tersebut kecil iaitu menpunyai 'marginal fields' kurang dari 30 juta Barrel. Tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, Azmin meminta undian belah bahagi diadakan dan menyaksikan PR mendapat 29 undi dan BN 45.


 

Last Updated (
Warning: mktime() [function.mktime]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 117

Warning: date() [function.date]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 245

Warning: date() [function.date]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 249

Warning: strftime() [function.strftime]: It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'UTC' for 'GMT/0.0/no DST' instead in /home/husamh4f/public_html/v10/libraries/joomla/utilities/date.php on line 250
Wednesday, 29 June 2011 09:12 )
 

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

SEKILAS INFO

Sample image YB Dato' Husam Musa adalah Naib Presiden PAS (Sesi 2013 - 2015) merangkap ADUN PAS Dun Salor, Kelantan

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web