You are here:

:: Web Husam Musa

Dinar Kelantan diperkenal ke Acheh

E-mail Print PDF
KOTA BHARU, Julai 2010: Dinar Emas Kelantan yang dilancar empat tahun lalu kini turut menarik minat masyarakat antarabangsa.

Antaranya kerajaan wilayah Acheh, Indonesia turut berminat mendapat gambaran lebih jelas mengenai Dinar Emas Kelantan.

Ekoran itu rombongan kerajaan negeri yang diketuai anggota Exco, Datuk Husam Musa dijangka menyampaikan taklimat mengenai Dinar Emas Kelantan kepada kerajaan Acheh sempena lawatan ke wilayah berkenaan.

Rombongan yang disertai 11 delegasi itu berlepas ke Acheh hari ini. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustapha Salleh.

Selain itu Pengarah Urusan PMBK Sawit, Ramli Abu Bakar, pegawai kanan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta wartawan Harakahdaily.

Dinar Emas Kelantan dilancarkan pada 22 September 2006 mempunyai tiga bentuk iaitu satu dinar seberat 4.25gm berharga RM332.25 (ketika dilancarkan).
Selain itu separuh dinar seberat 1.06 gm (RM176.76) dan suku dinar seberat 0.5 gm (RM99.38). Bagaimanapun nilainya sekarang sudah meningkat.

Dinar Emas Kelantan boleh didapati di premis Ar Rahn milik Permodalan Kelantan Bhd di seluruh negara. Ia digunakan bagi menyimpan nilai dan mas kahwin. Sejak dilancar sambutan begitu menggalakkan.

Difahamkan rombongan kerajaan Kelantan juga akan mengunjungi hormat Gabenor Acheh.

Jurucakap delegasi itu berkata, kerajaan Kelantan juga akan mengadakan kerjasama berkaitan dinar dengan kerajaan Acheh.

”Kerajaan negeri akan melancar matawang syariah Dinar Dirham Kelantan pada 12 Ogos ini sempena Ramadan di Kota Bharu.

”Selain itu usahawan Acheh juga dijemput menyertai ekspo Cheng Ho yang akan diadakan di sini pada Oktober depan sempena perayaan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan,” katanya.

Menurutnya, Laksamana Cheng Ho juga singgah di Acheh dalam pelayaran mengelilingi dunia pada abab ke-15.

Selain itu, kerajaan Acheh juga berminat untuk mengetahui lebih dekat mengenai skim Takaful Kifaalah yang diperkenalkan di Kelantan membabit warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Rombongan tersebut berlepas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 9 pagi tadi. Penerbangan ke Acheh pula jam 11.55 pagi. Mereka dijangka akan berada di sana selama tiga hari.
Last Updated ( Tuesday, 27 July 2010 00:41 )  

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web