You are here:

:: Web Husam Musa

Kelantan - China : Laksamana Cheng Ho...

E-mail Print PDF

Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan di ketuai oleh YB Dato Haji Husam Musa berlepas ke Negara China pada 2 Julai 2010 untuk kira-kira seminggu bagi mempromosikan suatu acara besar yang akan diadakan iaitu Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober tahun ini.

Turut bersama rombongan ini ialah YB Tuan Haji Zulkifli Mamat yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri dan YB Abdul Latif Abd Rahman Timb Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Negeri Kelantan.

Delegasi perdagangan ini dilaporkan berjaya menarik pelabur-pelabur besar dari China untuk pelaburan dan usahasama niaga antara Kelantan dan China. Mereka ini bersama peserta ekspo dijangka akan memeriahkan negeri Kelantan pada Oktober ini bersempena sambutan 20 tahun kerajaan PAS memerintah kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran YAB Tuan Guru.

Laporan lanjut berhubung lawatan ini akan menyusul.

 

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web