You are here:

:: Web Husam Musa

Perasmian Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru YIK Zon 4

E-mail Print PDF

Pada 19hb. Jun, 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Haji Husam Musa telah merasmikan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru YIK Zon 4 Tahun 2010


Dalam Ucapan YB Dato' Husam adlah :

1 - Kelantan akan lancar Dirham Perak pada 3hb. Ramadhan tahun ini. dato' perjelas kepentingan penggunaan dirham perak dan dinar emas kerana faktor kestabilan. nilai dirham perak dan dinar emas tidak akan susut sepertimana nilai matawang kertas yang mudah dimanipulasi pihak kapitalis. nilai perak dan emas semakin hari semakin meningkat.

Contoh: matawang kertas - tahun 1950 rm10.00 boleh beli beras 50kg, tahun 2000 rm10 hanya boleh beli 1kg beras. harga barangan tidak meningkat sebaliknya nilai matawang kertas yang makin susut.

Contoh: dirham perak - tahun 1950 sekeping dirham perak berharga rm1, tahun 2000 nilai sekeping dirham perak rm12... kalau kita simpan perak atau emas, semakin hari simpanan kita jadi makin berharga/mahal.

Tahun ni Kelantan bakal perkenal sistem pembayaran zakat menggunakan dirham. kelantan akan jadi negeri pertama perkenal sistem ini di Malaysia.

2 - Pemakanan menjadikan sistem badan/pemikiran kita sihat/cergas. pentingnya menitik beratkan pemakanan supaya pemikiran jadi cergas dan aktif. kawal pemakanan bukan bererti kurang makan. ertinya kita makan makanan yang tiada racun, bahan kimia atau apa-apa bahan saintifik moden.

contoh paling baik ialah pemakanan nasi dari beras organik yang dijamin 100% nyah kimia. kelantan sedang dalam usaha memperkembangkan penanaman padi organik yang akan membawa kepada pemakanan sihat. mulakan dengan perusahaan padi organik, kemudian akan menyusul dengan lain-lain tanaman organik yang bersih dari bahan kimia.

3 - Projek Mavi Marvara... kelantan dalam usaha untuk mengumpul bahan-bahan ubat-ubatan, pakaian dan apa sahaja bantuan kemanusiaan yang difkirkan perlu dan kemungkinan besar akan menyewa kapal yang dinamakan "kelantan mavi marvara" dan akan sertai kumpulan seterusnya bantuan ke Gaza.

 

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web