You are here:

:: Web Husam Musa

Skim Kifalah Kelantan bukan retorik

E-mail Print PDF

CHERANG RUKU - Skim Kifalah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Kelantan terus memainkan peranan penting dalam meringankan beban wasi warga emas sekali gus membuktikan konsep kebajikan yang dilaungkan bukan retorik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, walaupun pelbagai pandangan negatif diterima pada peringkat awal skim itu diperkenalkan, perlaksanaan secara berterusan akhirnya menutup mulut pengkritik.

Sehingga ke hari ini katanya, kerajaan melaksanakan skim untuk warga tua berusia 60 tahun ke atas itu dengan baik yang mana wasi menerima RM500 pada hari kematian untuk menguruskan pengebumian dan cek bernilai RM2,000 menyusul selepas itu.

“Ini bukti jelas bahawa kerajaan negeri begitu cakna kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama,” katanya selepas menyampaikan cek kepada 38 wasi dalam satu program di Dewan Penggawa Semerak, dekat sini.


Dalam majlis sama, 25 pesakit kronik turut menerima sumbangan yang sememangnya disediakan kepada golongan terbabit. Skim Kifalah bukan bermotifkan politik, tapi ia menggambarkan keikhlasan kerajaan negeri cakna kepada rakyat,” jelasnya.

Wan Hassan berkata, cetusan bagi melaksanakan Skim Kifalah merupakan sesuatu yang baik untuk orang ramai dan merupakan satu-satunya skim untuk warga emas yang dilaksanakan di negara ini.

“Pendaftaran warga emas dalam skim ini terus dibuka, ahli keluarga perlu mendaftarkan ibu bapa mereka bagi memastikan mereka mendapat manfaat apabila berlaku kematian,” katanya.

Apa pun perubahan dan pembangunan pada masa akan datang katanya, ia mesti berteraskan kebajikan dan perlu mendapat sokongan atau kerjasama daripada orang ramai.

“Pemerintah bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat bukannya membebankan mereka dengan pelbagai masalah seperti kenaikan harga barang keperluan yang tidak terkawal,” katanya.

 

Last Updated ( Saturday, 19 June 2010 13:42 )  

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web