You are here:

:: Web Husam Musa

Haji Husam : Hujan Iringi PM Terbang Awal

E-mail Print PDF

Haji Husam dalam tulisan beliau menerusi blog cetusan-hati antara perenggan-perenggan akhir menyebut berhubung Kelantan Fiesta 2010 antaranya , " Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka, tersurat atau tersirat.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat. Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya."

Beliau juga menambah ,"Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh."

 

 

Last Updated ( Thursday, 17 June 2010 09:58 )  

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web