You are here:

:: Web Husam Musa

LEBUHRAYA KELANTAN : KELANTAN TIDAK LANTIK INDIVIDU PUNGUT DERMA.

E-mail Print PDF

 

Oleh: Mohd Noor Yahya @ Penerbitan UPKN Buletin Darulnaim

13 Jun - KOTA DARULNAIM - Pengerusi Jawatankuasa perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa menjelaskan sehingga kini kerajaan tidak ada lagi perancangan untuk melantik mana-mana individu bagi menjalankan operasi memungut derma bagi Pembinaan Lebuhraya KB-KK tersebut.

Husam menjelaskan kerajaan tidak bertanggungjawab sekiranya ada berlaku individu yang mengaku mendapat sokongan kerajaan bagi pungut derma.

" Insyaallah rakyat Kelantan kini boleh menyalurkan terus derma kepada kerajaan melalui akaun Baldah Toyyibbah (Prasarana ) Sdn Bhd...jangan bagi pada orang yang ambil kesempatan ini"ujar beliau.

Sementara itu Husam juga menjelaskan terdapat beberapa syarikat Juruukur bertauliah yang ingin memberi sokongan dengan menjalankan kerja secara sukarela dan kini terdapat lapan firma Juru Ukur yang sanggup dan mereka akan diagih-agihkan kawasan bagi pengukuran tersebut.

Husam berkata demikian di sidang akhbar selepas mesyuarat Exco pagi tadi

 

Last Updated ( Wednesday, 13 June 2012 06:05 )  

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web