You are here:

:: Web Husam Musa

" SALORCARE "

TUAN PUAN YANG DERMAWAN DAN BUDIMAN : SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE
No Akaun : 0 3 0 1 - 8 0 1 - 0 1 4 3 2 - 8 6
.Kenapa Datuk Mustapha sibuk tentang Kerajaan Pusat (baca UMNO Kelantan) akan menggunakan wang ini atas nama wang ehsan sekarang? Kenapa beliau tidak menyebutnya sebelum Kerajaan Kelantan membangkitkannya?.
.Sesudah Kerajaan Negeri membangkitkan, baru nampak kesungguhan untuk 'kebas'.
May31

Tiada sebab kes tuntutan royalti minyak tidak boleh diselesaikan

KOTA BHARU : Tiada sebab isu royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan gagal diselesaikan apabila mengambil kira kerajaan Pusat berjaya menyelesaikan banyak isu tertunggak dengan Singapura.

Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan pusat perlu menyelesaikan kes tuntutan royalti bagi kepentingan rakyat. "Apabila kerajaan berjaya menyelesaikan kes tertunggak yang begitu lama di Singapura tiada sebab kes tuntutan royalti minyak di Kelantan tidak boleh diselesaikan", katanya di sini.

Baru-baru ini kerajaan Malaysia dilaporkan bersetuju memajukan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura setelah masalah itu tidak selesai dalam tempoh begitu lama.

Read more...
 
May30

Tukar Umno-BN Sebelum Negara Bankrap

29 MeiKOTA BHARU 30 Mei - Kejayaan Pakatan Rakyat memenangi kerusi parlimen pada pilihan raya kecil Sibu 16 Mei lalu telah merobohkan mitos bahawa Sarawak sebagai benteng SUPP-Barisan Nasional boleh ditembusi malah mampu dikuasai pada masa depan.

Exco Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa berkata kejayaan kerjasama KEADILAN-PAS-DAP-SNAP dalam PRK Sibu juga membuktikan dinding perkauman yang dibina oleh Umno-BN selama lebih 50 tahun kini telah diruntuhkan oleh Pakatan Rakyat.

Read more...
 
May30

Robert Lau bawa Maggi mi ke Kota Bharu

gambar fail KOTA BHARU, 30 Mei: Salah maklumat adalah antara punca kekalahan calon BN di Sibu, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Bayangkan, sebulan sebelum dinamakan sebagai calon BN di Sibu, Robert Lau telah datang ke Kota Bharu dengan membawa banyak Maggi mi kerana bimbang tidak ada makanan di sini," kata Husam dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Bagi beliau, apa yang dilakukan oleh calon BN ini adalah kedangkalan beliau tentang maklumat.

Husam berkata, Robert Lau datang ke Kota Bharu untuk memimpin pasukan Squash Sarawak bagi menyertai kejohanan squash di Kota Bharu.

"Sesampai beliau di lapangan terbang Kota Bharu, beliau telah dijemput oleh rakannya seorang Cina dari Sibu yang membuat projek hartanah di sini.

Read more...
 
May30

Terima kunjungan hormat daripada Kedutaan Besar Kanada

YB Dato Haji Husam Musa , EXCO Kerajaan Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada Tuan Bertrand-Xavier Asselin daripada Kedutaan Besar Kanada dalam satu rangka lawatan wakil kedutaan tersebut bagi merapatkan hubungan diplomasi dengan Kerajaan Kelantan. Kunjungan tersebut diadakan secara semi-formal di rumah YB Dato Haji Husam di Kg.Kota, Salor.

 

(gambar: YB Dato Haji Husam dan Tuan Bertrand (kanan))

 

Read more...
 
May27

Ceramah Perdana Isu Terkini: Lesen Judi "Halam"

Malam tadi di Bachok, bertempat di Perkarangan Pejabat PAS Bachok, telah diadakan 1 Ceramah Perdana Isu Terkini. Alhamdulillah, kita dapat mengumpul tidak kurang dari 5,000 hadirin yang datang mendengar penjelasan-penjelasan yang berguna dari para penceramah undangan termasuk Ketua Pemuda DAP yang menyatakan pendirian bahawa DAP yang mewakili masyarakat cina juga menolak dan menentang kelulusan lesen judi sukan.

 

 

Read more...
   
More Articles...
Page 9 of 18
Banner

Naskhah  "Malam Pengantin"    | Hanya RM 30 sebuah (RM 38)

naskhah Malam Pengantin

Diterbitkan oleh SALORCARE. Mengandungi nasihat-nasihat menarik untuk tatapan para pengantin baru .
Sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan sahabat karib dengan penampilan buku yang menarik dan indah.

Setiap hasil pembelian akan terus dimasukkan ke tabung SALORCARE  .  Hubungi @ sms : Kamarulzaman 013 980 4360

 

Galeri Foto Flickr

Galeri fotografi koleksi flickr YB Dato Hj Husam. Lihat

cetusan hati


Blog Cetusan-Hati merupakan blog tulisan YB Dato Hj Husam sendiri baca

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web