You are here:

:: Web Husam Musa

" SALORCARE "

TUAN PUAN YANG DERMAWAN DAN BUDIMAN : SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE
No Akaun : 0 3 0 1 - 8 0 1 - 0 1 4 3 2 - 8 6
.Kenapa Datuk Mustapha sibuk tentang Kerajaan Pusat (baca UMNO Kelantan) akan menggunakan wang ini atas nama wang ehsan sekarang? Kenapa beliau tidak menyebutnya sebelum Kerajaan Kelantan membangkitkannya?.
.Sesudah Kerajaan Negeri membangkitkan, baru nampak kesungguhan untuk 'kebas'.
 
Jun17

SALOR : Acara rakyat dan ADUN meriah

Program "Cakno Rakyat DUN Salor" ialah salah 1 program yang diatur oleh Kerajaan Negeri dan DUN Salor bagi merapatkan hubungan sesama rakyat dalam DUN Salor dan juga ADUNnya. Program kemasyarakatan ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan, pameran gerai, pertandingan dan juga majlis sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Program ini telah dimulaan seawal jam 8 pagi. bertempat di padang sebelah Balai Polis Salor dan dimulakan dengan acara lumba basikal. Pelepasan para peserta telah dibuat oleh YB ADUN Salor, Dato' Paduka Haji Husam Musa yang hadir bersama keluarga.
Read more...
   
Jun15

Cakna Palestin: 9 syuhada misi freedom fortilia

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

Read more...
 
Jun15

Al-fatihah : atas kembalinya Al-Fadhil Ustaz Hassan Syukri ke rahmatullah

Pemergian seorang pejuang besar parti dan negara bekas Timbalan Presiden PAS , Al-marhum Ust Hassan Syukri pada tanggal 14 Jun 2010 bersamaan 2 Rejab 1431 dirasai oleh seluruh pencinta Islam dan pejuang terutama jutaan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) di seluruh negara.

YB Dato' Haji Husam Musa yang turut hadir semasa solat jenazah di Taman Melewar merakamkan takziah kepada keluarga Al-Marhum. Sesungguhnya menjadi cita-cita seluruh anggota pejuang agama untuk sentiasa berjuang di atas muka bumi Allah ini bagi menegakkan kalimah Allah, dan menjadi cita-cita juga untuk mati dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Sememangnya kita berasakan kehilangan besar dan terkejut dengan pengembalian beliau ke rahmatullah di saat kita baru sahaja bersama-sama beliau di dalam muktamar yang hanya tamat sehari sebelum beliau dijemput Allah. Namun disebalik kesedihan kita, seharusnya kita juga berbangga kerana beliau sepertimana pejuang-pejuang agong agama Allah yang lain menghembuskan nafas terakhir di saat beliau berada di medan perjuangan ini. Bagaimana pula kita selepas ini ? .. ..Al-fatihah.

 
Jun14

Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Pasir Mas

PASIR MAS, 14 Jun - YB Dato Haji Husam Musa , Pengerusi JK Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, meluangkan masa melawat mangsa kebakaran empat lot rumah kedai di Jalan Pasar, berdekatan Plaza Serangkai Mas. Antara yang terlibat ialah premis perniagaan menjual barangan runcit, kedai emas, kedai cermin mata, dan kedai jual sarang burung.

YB Dato Haji Husam diberikan taklimat ringkas berhubung insiden tersebut oleh seorang pegawai kanan Jabatan Bomba Pasir Mas yang mana kebakaran tersebut berpunca dari litar pintas.

Turut hadir di lokasi kebakaran ialah YB ADUN Pengkalan Pasir, Pengarah JKM Negeri Kelanta, Ketua Jajahan Pasir Mas, Timbalan Ketua Jajahan Pasir Mas, serta Pengarah Jabatan Amal Negeri Kelantan yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas, Saudara Mohd Hanif Wan Ahmad.

Read more...
 
More Articles...
Page 7 of 18
Banner

Naskhah  "Malam Pengantin"    | Hanya RM 30 sebuah (RM 38)

naskhah Malam Pengantin

Diterbitkan oleh SALORCARE. Mengandungi nasihat-nasihat menarik untuk tatapan para pengantin baru .
Sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan sahabat karib dengan penampilan buku yang menarik dan indah.

Setiap hasil pembelian akan terus dimasukkan ke tabung SALORCARE  .  Hubungi @ sms : Kamarulzaman 013 980 4360

 

Galeri Foto Flickr

Galeri fotografi koleksi flickr YB Dato Hj Husam. Lihat

cetusan hati


Blog Cetusan-Hati merupakan blog tulisan YB Dato Hj Husam sendiri baca

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web