You are here:

:: Web Husam Musa

" SALORCARE "

TUAN PUAN YANG DERMAWAN DAN BUDIMAN : SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE
No Akaun : 0 3 0 1 - 8 0 1 - 0 1 4 3 2 - 8 6
.Kenapa Datuk Mustapha sibuk tentang Kerajaan Pusat (baca UMNO Kelantan) akan menggunakan wang ini atas nama wang ehsan sekarang? Kenapa beliau tidak menyebutnya sebelum Kerajaan Kelantan membangkitkannya?.
.Sesudah Kerajaan Negeri membangkitkan, baru nampak kesungguhan untuk 'kebas'.
Jun23

jawapan YB Dato Hj Husam berhubung Royalti Kelantan

link 1: http://www.youtube.com/watch?v=V5UsLQK-iQc embed code 1:

link 2: http://www.youtube.com/watch?v=gSF9kSJq4vs embed code 2:

link 3: http://www.youtube.com/watch?v=SbqvHkuhInU embed code 3:

 
Jun21

Perasmian Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru YIK Zon 4

Pada 19hb. Jun, 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Haji Husam Musa telah merasmikan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru YIK Zon 4 Tahun 2010

Read more...
 
Jun19

Skim Kifalah Kelantan bukan retorik

CHERANG RUKU - Skim Kifalah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Kelantan terus memainkan peranan penting dalam meringankan beban wasi warga emas sekali gus membuktikan konsep kebajikan yang dilaungkan bukan retorik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, walaupun pelbagai pandangan negatif diterima pada peringkat awal skim itu diperkenalkan, perlaksanaan secara berterusan akhirnya menutup mulut pengkritik.

Sehingga ke hari ini katanya, kerajaan melaksanakan skim untuk warga tua berusia 60 tahun ke atas itu dengan baik yang mana wasi menerima RM500 pada hari kematian untuk menguruskan pengebumian dan cek bernilai RM2,000 menyusul selepas itu.

“Ini bukti jelas bahawa kerajaan negeri begitu cakna kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama,” katanya selepas menyampaikan cek kepada 38 wasi dalam satu program di Dewan Penggawa Semerak, dekat sini.

Read more...
 
Jun19

PR disaran tetapkan tarikh pilihanraya negeri lebih awal- Haji Husam

KOTA BHARU - Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan tarikh pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi mengelak monopoli penentuan tarikh pilihanraya yang kini ditetapkan oleh Perdana Menteri.

Husam yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pendekatan itu boleh dilakukan dengan Kerajaan Negeri Pakatan menetapkan terlebih dahulu tarikh pilihan raya DUN sebelum Perdana menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

"Ini bermakna, tarikh pilihanraya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.”

“Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan." katanya dipetik dalam blognya semalam.

Read more...
 
Jun17

Haji Husam : Hujan Iringi PM Terbang Awal

Haji Husam dalam tulisan beliau menerusi blog cetusan-hati antara perenggan-perenggan akhir menyebut berhubung Kelantan Fiesta 2010 antaranya , " Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka, tersurat atau tersirat.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat. Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya."

Beliau juga menambah ,"Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh."

Read more...
 
Jun17

Mesra : kunjungan hormat merapatkan ukhuwwah Islamiyyah


SALOR - YB Dato Haji Husam Musa , ADUN Salor menerima kunjungan hormat daripada YBhg Dato Haji Syed Hussain Al-Habshee, bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi / Arab Emirrates yang juga YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di rumah beliau di Kg Kota. Turut hadir dalam kunjungan tersebut Dato Syed Salleh Zawawi, YDP Persatuan Al-Amin Cawangan Terengganu bersama ahli rombongan.

Read more...
 
More Articles...
Page 6 of 18
Banner

Naskhah  "Malam Pengantin"    | Hanya RM 30 sebuah (RM 38)

naskhah Malam Pengantin

Diterbitkan oleh SALORCARE. Mengandungi nasihat-nasihat menarik untuk tatapan para pengantin baru .
Sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan sahabat karib dengan penampilan buku yang menarik dan indah.

Setiap hasil pembelian akan terus dimasukkan ke tabung SALORCARE  .  Hubungi @ sms : Kamarulzaman 013 980 4360

 

Galeri Foto Flickr

Galeri fotografi koleksi flickr YB Dato Hj Husam. Lihat

cetusan hati


Blog Cetusan-Hati merupakan blog tulisan YB Dato Hj Husam sendiri baca

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web