You are here:

:: Web Husam Musa

" SALORCARE "

TUAN PUAN YANG DERMAWAN DAN BUDIMAN : SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE
No Akaun : 0 3 0 1 - 8 0 1 - 0 1 4 3 2 - 8 6
.Kenapa Datuk Mustapha sibuk tentang Kerajaan Pusat (baca UMNO Kelantan) akan menggunakan wang ini atas nama wang ehsan sekarang? Kenapa beliau tidak menyebutnya sebelum Kerajaan Kelantan membangkitkannya?.
.Sesudah Kerajaan Negeri membangkitkan, baru nampak kesungguhan untuk 'kebas'.
Aug08

Rakyat perlu bangkit murnikan demokrasi

SHAH ALAM : Rakyat diseru bangkit menjana keazaman tinggi dalam usaha menjayakan impian pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha keras perlu dipergiatkan bagi menggabung impian lantas menterjemahkannya menjadi nyata setelah berbuat demikian bermula 1990 di Kelantan.

Menurutnya, dengan keyakinan tinggi itu rakyat negara ini dapat menyaksikan kejayaan besar bakal berlaku dalam pilihan raya ke-13 nanti dengan perubahan dari BN ke PR.

Mahfuz berucap demikian dalam Majlis Pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia (Tiram) yang didakan malam tadi di Stadium Melawati, dekat sini.

Lebih 70 pemimpin dan wakil rakyat dari semua parti dalam PR berhimpun dalam satu majlis makan malam dalam usaha mengumpul RM20 juta sebagai proses ke Putrajaya.

Turut berucap adalah Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, AJK Kebangsaan DAP, Datuk Ngeh Khoo Ham, Penasihat Tiram, Datuk Paduka Husam Musa dan Pengarah program, Ir Haji Izham Hashim.

Read more...
 
Aug08

Wawancara Ekslusif Sinar Harian ; Dato' Husam Musa keluaran 8 Ogos 2010

Kerjasama Pas-UMNO bukan mustahil

" TIRAM BUKAN AGENDA PULIH IMEJ SAYA.."

"Program digerak bertujuan kumpul dana tunai impian rakyat"

.. Husam bercerita beliau tetap sibuk, tidak berhenti mengkritik dan tegas memperkatakan isu menyentuh kebajikan rakyat. Terbaru, beliau teruja dengan program Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) yang selamat dilancarkan di Stadium Melawati, Shah Alam semalam .(7 Ogos 2010).

Kepada KHAIRUL AMRI YASIN , LAILATUN KHALILAH NASIR dan jurufoto ROSLI TALIB, Husam turut mengulas pendiriannya terhadap beberapa isu, termasuk kehangatan polemik kerjasama UMNO dan PAS.

 

 

 

 

Sinar Harian : Kerjasama Pas-UMNO terus menjadi polemik. Bagaimana Datuk melihat isu ini?
HUSAM: Saya properpaduan. Saya masuk Pas kerana mahu melihat orang Melayu bersatu-padu. Kalau saya yakin perpaduan  itu boleh dijayakan menerusi UMNO, dah lama saya masuk UMNO tetapi bila melihat UMNO sendiri tidak mampu menyatukan ahlinya sendiri, apatah lagi rakyat, saya memilih perjuangan Pas. Apa kuncinya, ialah sikap yang sendirinya akan melahirkan dasar-dasar, pendekatan, politik yang salah atau betul.

Read more...
 
Jul27

TIRAM : Tabung Impian Rakyat Malaysia

Impian yang lama. Tapi belum tercapai.

Akankah tercapai? Atau tinggal cuma impian di alam mimpi?

Impian untuk melihat Malaysia dipimpin pemimpin bersih, berjiwa rakyat, mendokong prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira bulu dan warna kulit, menerusi tonggak keadilan dan kesaksamaan. Lalu membawa ruh persaudaraan, hormat menghormati dan hidup harmoni. Membawa bersama kemakmuran yang boleh dinikmati seluruh pelusuk rakyat. Dengan bimbingan petunjuk akhlak dan hidup beragama.

Read more...
 
Jul27

Dinar Kelantan diperkenal ke Acheh

KOTA BHARU, Julai 2010: Dinar Emas Kelantan yang dilancar empat tahun lalu kini turut menarik minat masyarakat antarabangsa.

Antaranya kerajaan wilayah Acheh, Indonesia turut berminat mendapat gambaran lebih jelas mengenai Dinar Emas Kelantan.

Ekoran itu rombongan kerajaan negeri yang diketuai anggota Exco, Datuk Husam Musa dijangka menyampaikan taklimat mengenai Dinar Emas Kelantan kepada kerajaan Acheh sempena lawatan ke wilayah berkenaan.

Rombongan yang disertai 11 delegasi itu berlepas ke Acheh hari ini. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustapha Salleh.

Selain itu Pengarah Urusan PMBK Sawit, Ramli Abu Bakar, pegawai kanan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta wartawan Harakahdaily.

Dinar Emas Kelantan dilancarkan pada 22 September 2006 mempunyai tiga bentuk iaitu satu dinar seberat 4.25gm berharga RM332.25 (ketika dilancarkan). Read more...  
Jul12

Kelantan - China : Laksamana Cheng Ho...

Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan di ketuai oleh YB Dato Haji Husam Musa berlepas ke Negara China pada 2 Julai 2010 untuk kira-kira seminggu bagi mempromosikan suatu acara besar yang akan diadakan iaitu Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober tahun ini.

Turut bersama rombongan ini ialah YB Tuan Haji Zulkifli Mamat yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri dan YB Abdul Latif Abd Rahman Timb Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Negeri Kelantan.

Delegasi perdagangan ini dilaporkan berjaya menarik pelabur-pelabur besar dari China untuk pelaburan dan usahasama niaga antara Kelantan dan China. Mereka ini bersama peserta ekspo dijangka akan memeriahkan negeri Kelantan pada Oktober ini bersempena sambutan 20 tahun kerajaan PAS memerintah kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran YAB Tuan Guru.

Laporan lanjut berhubung lawatan ini akan menyusul.

 
Jul12

Kerajaan Kelantan masih mampu bayar gaji-Timb Exco

Kerajaan PAS Kelantan mampu membayar gaji kakitangannya tanpa berhutang daripada mana-mana pihak, kata Timbalan Pengerusi Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun.

Menurutnya dakwaan kononnya kerajaan negeri tidak mampu membiayai gaji kakitangannya jika dapat memerintah negeri ini adalah tidak benar.

"Kita (kerajaan negeri) masih mampu membayar gaji kakitangan walaupun mentadbir negeri ini dalam tempoh 20 tahun ini, tanpa perlu berhutang daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Pusaat," katanya kepada Bernama.

Katanya perbelanjaan mengurus atau emolumen kerajaan negeri masih mencukupi untuk menampung membiayai gaji kakitangan walaupun mengalami perbelanjaan defisit setiap tahun.

Read more...
 
More Articles...
Page 5 of 18
Banner

Naskhah  "Malam Pengantin"    | Hanya RM 30 sebuah (RM 38)

naskhah Malam Pengantin

Diterbitkan oleh SALORCARE. Mengandungi nasihat-nasihat menarik untuk tatapan para pengantin baru .
Sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan sahabat karib dengan penampilan buku yang menarik dan indah.

Setiap hasil pembelian akan terus dimasukkan ke tabung SALORCARE  .  Hubungi @ sms : Kamarulzaman 013 980 4360

 

Galeri Foto Flickr

Galeri fotografi koleksi flickr YB Dato Hj Husam. Lihat

cetusan hati


Blog Cetusan-Hati merupakan blog tulisan YB Dato Hj Husam sendiri baca

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web