You are here:

:: Web Husam Musa

" SALORCARE "

TUAN PUAN YANG DERMAWAN DAN BUDIMAN : SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE
No Akaun : 0 3 0 1 - 8 0 1 - 0 1 4 3 2 - 8 6
.Kenapa Datuk Mustapha sibuk tentang Kerajaan Pusat (baca UMNO Kelantan) akan menggunakan wang ini atas nama wang ehsan sekarang? Kenapa beliau tidak menyebutnya sebelum Kerajaan Kelantan membangkitkannya?.
.Sesudah Kerajaan Negeri membangkitkan, baru nampak kesungguhan untuk 'kebas'.
Aug18

Di sini, Dinar dan Dirham: Di sana, dengki dan dendam

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah  pengenalan kepada sistem barter trade.

Read more...
 
Aug18

Dengki, punca dinar Kelantan ditentang - Nik Aziz

KOTA BHARU, 18 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.

“Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul.

“Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam.

Read more...
 
Aug18

Husam : Awang Adek hina intelek orang ramai

Exco kanan, kerajaan negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan telahpun mengambil kira risiko sebelum memperkenalkan dinar emas dan dirham perak ke pasaran negeri itu.

Beliau mengakui bahawa risiko paling besar yang dihadapi adalah dari sudut politik ke atas pentadbiran negeri itu yang dikuasai PAS.

"Kalau pengguna akan ditipu, sudah tentu politik PAS akan terjejas," kata Husam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang dipetik Utusan Malaysia hari ini bahawa peniaga berisiko ditipu oleh "penyangak matawang" apabila menggunakan wang syiling itu untuk urusan jual beli mereka.

Dalam laporan tersebut, Awang Adek juga dipetik sebagai berkata, peniaga juga akan berhadapan masalah kerana syiling emas dan perak yang dilancarkan pada 12 Ogos lalu itu tidak diperakui di peringkat nasional.

Read more...
 
Aug17

KENYATAAN DARIPADA IMAM HAJI ABDALHASIB CASTINEIRA

Ogos 2010

Bismillah irrahman irrahim
Berkenaan Dinar Emas dan Dirham Perak serta Sah Diperlakukan di Malaysia

Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikenali sebagai mata wang Syariah atau koin Syariah menurut fekah bukanlah jenis mata wang yang memerlukan ia sah diperlakukan. Mata wang Syariah tidak ada kaitan dengan mata wang hampa dalam banyak segi dan tidak sepatutnya perbandingan dibuat di antara kedua-duanya samada dari segi undang-undang mahupun dalam menyifatkan kedua-duanya sama. Dinar Emas dan Dirham Perak menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, yang paling genting, pembayaran zakat dan bukannya dengan perkara-perkara berkaitan perlembagaan. Pengenalannya hanya boleh dizahirkan atas dasar kesukarelaan apatah lagi kebebasan ialah satu perintah daripada Allah dalam semua urus niaga komersil termasuk dalam penerimaan wang. Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sepanjang sejarah menunjukkan bahawa ia terbuka kepada orang Islam dan juga yang bukan Islam.

Segala bentuk puji-pujian bagi Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Tuhan sekelian alam, Penguasa pada Hari Pembalasan, yang telah mengumpul semua ilmu dalam zatNya dan Pencipta ilmu sehingga akhir masa. Salam dan selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. yang  tidak diajar oleh manusia tetapi olehTuhan Yang Maha Berkuasa. Dialah nabi terakhir dan paling dimuliakan, nabi terakhir dalam warisan kenabian yang dibawa ke dunia yang fana ini dan membimbing kita ke jalan yang lurus. Semoga dilimpahkan rahmat dan barakah yang tidak terhingga ke atas keluarganya dan para sahabatnya yang dipilih daripada mereka yang terpuji dan murah hati.
Mengenai keprihatinan orang ramai berkenaan pelancaran mata wang Syariah  di negeri Kelantan pada 2 Ramadan 1431, saya sebagai saksi kepada sejarah yang gemilang itu di Bandaraya Kota Bharu dan juga sebagai Penasihat Syariah World Islamic Mint (WIM), saya ingin menyatakan dalam bentuk penjelasan  dan sokongan kepada usaha ini atas sebab-sebab berikut :

1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukanlah  mata wang yang sah diperlakukan (legal tender). Mata wang yang sah diperlakukan atau paksa laku seperti wang kertas, ialah sejenis pembayaran yang ditawarkan oleh undang-undang  di mana penggunaannya tidak boleh ditolak untuk membayar atau melangsaikan hutang. Cek peribadi, kad kredit dan lain-lain kaedah pembayaran yang tidak dilakukan secara tunai, juga bukan mata wang yang sah diperlakukan, hanya nota dan koin Ringgit Malaysia adalah mata wang yang sah diperlakukan. Pengeluaran mata wang yang sah diperlakukan merupakan kuasa  eksklusif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat ataupun berhasrat  untuk mengeluarkan mata wang yang sah diperlakukan kerana  ia satu usaha yang hampir mustahil  dilakukan dari segi undang-undang.

Read more...
 
Aug16

Mata wang syariah: Pusat jadikan isu politik, bukannya Kelantan

KUALA LUMPUR, — Sambil menggariskan lima kewajaran, kerajaan negeri Kelantan melihat pusat sengaja mempolitikkan isu pengunaan mata wang syariah dinar dan dirham walaupun ia ternyata memanfaatkan rakyat khususnya mereka yang menggunakannya.

“Saya tidak melihat sebab lain kecuali mereka (kerajaan pusat) mempolitikkan perkara ini (penggunaan mata wang syariah),” kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa ketika dihubungi hari ini.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menafikkan kerajaan negeri menjadikan keputusan penggunaan mata wang syariah, yang dilancarkan Jumaat lalu, sebagai langkah politik meraih simpati rakyat.

Salah satu kewajaran yang diketengahkan Husam ialah nilai dinar emas telah meningkat hampir sekali ganda berbanding empat tahun lalu.

“Pada tahun 2006, semasa kita melancarkan dinar ia bernilai RM322 dan sekarang nilainya RM582 bagi satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm.

“Jika mereka yang memilikinya mendapat manfaat berbanding mata wang konvensional yang turun nilai mata wang, apakah ia menjadi isu jika memanfaatkan rakyat, mereka yang menggunakannya” kata Husam.

“Jadi kita kena lihat sama ada memanfaatkan rakyat atau tidak,” katanya.

Read more...
 
Aug16

"Soi Lek ada muslihat"

KOTA BHARU - Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berniat jahat apabila mengeluarkan kenyataan supaya Dap memberi reaksi dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan mata wang dinar dan dirham.

Menurutnya, kenyataan Soi Lek itu tidak lebih dari mencari kesempatan kelemahan MCA dengan menjadi isu dinar emas untuk menjauhkan masyarakat Cina dari DAP dan Islam.

"Ini adalah perangkap yang dipasang oleh Soi Lek untuk mengembalikan sokongan orang Cina kepada MCA yang diketahui telah menjauhi parti itu, saya nasihatkan beliau tidak menggunakan isu ini untuk kepentingan politik MCA," katanya kepada wartawan.

Khamis lalu, Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas buat pertama kalinya memperkenalkan mata wang dinar dan dirham yang berteraskan konsep sistem barter.

Berikutan itu, semalam Soi Lek menggesa DAP menyatakan pendirian dengan tindakan Pas Kelantan itu serta mempersoalkan kesediaan parti itu menerima sistem tersebut sekiranya pakatan serta Pas dapat memerintah Kerajaan Pusat kelak.

 
More Articles...
Page 3 of 18
Banner

Naskhah  "Malam Pengantin"    | Hanya RM 30 sebuah (RM 38)

naskhah Malam Pengantin

Diterbitkan oleh SALORCARE. Mengandungi nasihat-nasihat menarik untuk tatapan para pengantin baru .
Sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan sahabat karib dengan penampilan buku yang menarik dan indah.

Setiap hasil pembelian akan terus dimasukkan ke tabung SALORCARE  .  Hubungi @ sms : Kamarulzaman 013 980 4360

 

Galeri Foto Flickr

Galeri fotografi koleksi flickr YB Dato Hj Husam. Lihat

cetusan hati


Blog Cetusan-Hati merupakan blog tulisan YB Dato Hj Husam sendiri baca

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web