
Nota penting ucapan YB Dato’ Husam di Perasmian Bilik Gerakan UPU Teluk Kandis DUN Salor @ 2 Februari 2012 / 9.30 malam
1. Allah berfirman dalam surah Yasin yang selalu kita baca:
“Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan Yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu). Iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami). Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) Dengan Rasul Yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya Kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.” (Yasin, ayat 13 & 14)
2. Syukur panjang umur dan masih boleh berjuang. Pahala perjuangan ini sangat besar. Kita boleh lihat kematian mereka yang berjuang dan mereka mati dalam keadaan yang baik.
3. Pilihanraya akan datang ini adalah ibu segala pilihanraya. Tan Sri Muhyiddin Yasin pernah menyebutkan dalam mesyuarat Agung UMNO Disember lalu “pilihanaraya akan datang ibu segala pilihanraya”. dalam erti ia sebagai garis menentukan jangka hayat UMNO di Malaysia. Samada menang atau tersungkur.
4. Dato’ Pa kata UMNO akan peroleh 23 kerusi dan PAS 22. Saya pula berpandangan dulunya mungkin boleh tetapi selepas bocornya penyelewengan Dato’ Awang Adek dalam kes masuknya wang kontraktor ke akaun peribadi, ia agak mustahil. UMNO mungkin kurang daripada itu.
5. Saya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PAS Pusat. Menifesto Pakatan Rakyat akan dibuat berdasarkan cadangan orang ramai. Ia adalah manifesto harapan rakyat. Dari rakyat untuk rakyat.
6. SBPA ditangguhkan sehari sebelum konvensyen pakatan rakyat yang juga mengumumkan perkara sama. SBPA perlu dikaji semula kerana tidak adil untuk mereka yang berpendapatan rendah.
7. Felda akan disenarai ke Bursa Saham. Sebelum ini sebahagian saham Felda dipegang oleh peneroka. Selepas hasrat menyenaraikan ke dalam Bursa Saham saham tidak lagi boleh dipegang oleh peneroka. Untuk jangka ia merugikan peneroka.
8. Sarawak juga bakal dikuasai pakatan rakyat. Satu pakatan akan ditubuhkan di bawah pakatan rakyat untuk menentang UMNO di Sarawak.
9. UMNO tuduh Pakatan Rakyat akan diperalat oleh DAP. Fakta ini silap. Sebagai contoh bila pakatan rakyat menang kerusi Melayu akan bertambah. Sekurang-kurang empat kerusi akan bertambah dengan calon Melayu mewakili DAP termasuk satunya di Raub Pahang.
10. UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC. Kalau UMNO boleh berkerjasama dengan gabungan parti mewakili bangsa lain di Malaysia kenapa PAS tidak boleh kerana Malaysia pelbagai kaum. DAP lebh baik daripada MCA dan MIC. Untuk memenangi Malaysia PAS perlukan sokongan bangsa lain dan kita memilih DAP berdasarkan track record DAP yang baik. Jauh lebih baik berbanding pakatan dalam BArisan Nasional.
11. Di pulau Pinang sebagai contoh. Sekalipun apa yang ditohmah oleh akhbar UMNO terhadap Lim Guan Eng tetapi apa yang dilakukan oleh ketua menteri Pakatan Rakyat ini lebih baik daripada apa pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini di bawah Tan Sri Koh Syu Koon.
12. Dalam manifesto Pakatan Rakyat akan dimasukkan “segarkan semula utusam Malaysia sebagai lidah melayu. Kita tidak akan hapus tetapi akan betulkan kembali peranan Utusan Malaysia.”
13. Subsidi ditambah daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini untuk kekal harga gula RM 2.30. Tony Pua, setiausaha DAP membidas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob “kenapa perlu tambah subsidi sedangkan harga gula dunia turun enam bulan yang lalu.” Ini penyelewengan yang berlaku. Kemana duit subsidi yang ditambah sedangkan harga gula jatuh?
14. Firman Allah yang menjanjikan kesejahteraan dunia dan akhirat untuk mereka yang berjuang di jalan Allah:
“Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).” (Surah Saf, ayat 10 -11)
15. Tiap-tiap benda untuk angkat agama ke tempat yang tertinggi adalah fi sabilillah. Dalam konteks kita di Malaysia berjuang dalam pilihanraya adalah satu hikmah untuk berjuang fi sabilillah.